INFO ICT

ICT DALAM PENDIDIKAN

ICT (Information Communication Technology) adalah sistem yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiranpendidikan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Pengurusan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, perupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepatkan proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar.


KPM telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan:

1.   Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT

2.   Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian kursus, internet, dan aplikasi generik yang lain (contohnya, perisian CAD dalam mata pelajaran reka cipta dan lukisan kejuruteraan)

3.   Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.


Pembangunan ICT dalam pendidikan bagi 10 tahun akan datang bermatlamat untuk:
  1. Meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT;
  2. Memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT;
  3. Memperluas kurikulum;
  4. berasaskan ICT;
  5. Menekankan pengintegrasikan ICT dalam P&P;
  6. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga pengajar, dan personel KPM;
  7. Meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan;
  8. Meningkatkan usaha pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT;
  9. Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam ICT; dan
  10. Meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membentuk memperkembangan ICT dalam pendidikan

KEBAIKAN PENGGUNAAN INTERNET

1. MAKLUMAT

Pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan hanya melayari internet tanpa dikenakan sebarang bayaran dan tanpa had masa. Maklumat yang diperolehi bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar. Enjin carian seperti google.com, search.com, yahoo.com dan sebagainya digunakan sebagai platform untuk mendapatkan maklumat yang mereka ingin sama ada ianya digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahun dan sebagainya.


2. ALAT KOMUNIKASI

Internet telah dijadikan sebagai platform untuk berkomunikasi. Ianya amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype, Gtalk dan Hotmail telah memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaannya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan video di mana kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing hanya dengan internet. Di samping itu, ianya amat berguna kepada syarikat-syarikat yang mempunyai cawangan di merata dunia. Komunikasi dapat digunakan di antara setiap cawangan dengan hanya menggunakan Video Conferencing ataupun Tele-confernce.

3. JIMATKAN KOS DAN MASA
Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon dan juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos pasggilan misalnya, kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang ternyata tiada caj dikenakan. Disamping itu penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata caj yang dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa. Penjimatan kos pengangkutan ketara dapat dilihat di syarikat-syarikat besar yang mempunyai cawangan seluruh dunia. Mesyuarat atau perbincangan dapat dilakukan hanya dengan menggunakan video conference ataupun tele-conference.

4. BERITA TERKINI
Penggunaan internet telah memudahkan berita terkini disampaikan dengan cepat. Kebanyakan surat khabar mempunya laman web mereka sendiri. Laman web ini akan dikemaskini dan ianya memaparkan berita terkini yang berlaku di seluruh dunia.

5. PENGIKLANAN
Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk untuk sebuah syarikat itu. Ianya bukan sahaja murah malah ianya lebih berkesan kerana ianya boleh dilihat di seluruh pelusuk dunia. Terdapat syarikat yang menawarkan program Affiliate dimana ianya cara yang amat berkesan untuk mengklankan produk sesebuah syarikat atau orang perseorangan


6. Hiburan 

Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh didapati hanya dengan melayari internet. Kita boleh menonton drama/movie secara atas talian dengan hanya melayari laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut seperti
http://www.youtube.com dan http://www.mysoju.com. Selain daripada itu terdapat juga permainan games yang boleh di main secara atas talian bersama-sama dengan gamers dari pelbagai pelusuk dunia. Hiburan-hiburan lain adalah seperti mendengar muzik dan juga berkenalan dengan kawan-kawan baru di alam maya. 

7. Pendidikan Secara Atas Talian 

Pada masa kini terdapat banyak Universiti yang telah menawarkan pendidikan secara jarak jauh dimana penggunaan internet amat diperlukan. Ini kerana pembelajaran di lakukan secara atas talian di mana video conference digunakan. Pelajar tidak perlu menghadiri kuliah secara fizikal kerana kuliah dilakuakan secara atas talian dan pelajar hanya mengaktifkan video conference untuk menghadiri kuliah. Nota pembelajaran boleh dimuat turun secara atas talian dan kuliah boleh direkodkan dan pelajar boleh mendengar kuliah tersebut secara berulangkali. Di samping itu keputusan peperiksaan juga boleh di perolehi secara atas talian. 
8. Servis Perkhidmatan 



Pada masa kini syarikat-syarikat seperti syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel dan agensi pelancongan menawarkan perkhidmatan secara atas talian bagi memudahkan pengguna. Maybank2u menawarkan perkhidmatan perbankan secara atas talian dan para pemegang akaun Maybank boleh menggunakan servis yang ditawarkan tanpa memerlukan caj yang berlebihan. Begitu juga dengan syarikat penerbangan seperti AirAsia, yang mana para pengguna boleh menempah tiket penerbangan secara atas talian pada bila-bila masa